Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Iran telah menahan 10 pengganas yang merancang untuk mengebom 50 sasaran di seluruh negara ini, kata Menteri Perisikan Iran Mahmoud Alavi pada hari Selasa, menurut portal berita Fars News.
Ppara pegawai Iran berkata militan IS cuba menyasarkan negara ini sejak beberapa minggu lalu.
Alavi berkata, beberapa tangkapan telah dilakukan pada minggu lalu di Tehran dan tiga wilayah lain termasuk sepanjang sempadan.
Menteri tersebut berkata dalam sidang media di Tehran, kumpulan tersebut telah merancang untuk menyerang kawasan sesak dan memicu letupan dari jarak jauh, serangan bom bunuh diri serta bom kereta.
Seratus kilo bahan letupan telah dirampas dan dua tan bahan letupan berjaya dipintas sebelum digunakan di tempat sasaran. Kini tahanan sedang disoal siasat.
Butiran serangan tersebut dikeluarkan sehari selepas Kementerian Perisikan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah berjaya menggagalkan serangan utama pengganas.